Ekspresi seorang budak perempuan comel yang berasal dari Amerika Syarikat ini begitu mengkagumkan. Ini pertama kalinya bagi sicomel ini mendengar suara panggilan solat atau azan.
Subhanallah! Lihatlah reaksi sikecil ini bila mendengar mendengar azan..
Sikecil ini sebenarnya difahamkan sedang bercuti bersama keluarganya ke negara itu. Mulutnya berceloteh bertanya pada ibunya tentang suara yang didengarnya.
Siibu menjawab, itulah suara untuk memanggil orang pergi menunaikan solat.
Berikut video ekspresi gadis cilik yang kelihatan kagum mendengar suara azan.
Semoga anak kecil ini diberikan hidayah olehNYA suatu hari nanti. Amin...
Sumber: ohdunia.my
Apakah itu azan?
SOALAN: “Setiap hari saya terdengar satu laungan suara dari masjid berhampiran rumah saya. Kawan saya kata, itu ialah azan. Boleh terangkan dengan lebih lanjut? Saya ingin tahu”
JAWAPAN:
Ya, suara laungan yang biasa didengari dari sesebuah masjid atau surau itu ialah azan. Di beberapa tempat, ia dikenali sebagai bang. Kedua-dua istilah ini merujuk kepada perkara yang sama.
Apakah tujuan azan?
Tujuan azan itu dilaungkan ialah untuk memberitahu atau menandakan waktu sembahyang telah tiba. Melalui azan juga, orang Islam diajak untuk melakukan sembahyang di masjid secara beramai-ramai. Azan biasanya dilaungkan oleh seorang lelaki dengan menggunakan mikrofon, tanpa mengira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Orang yang melaungkan azan biasanya akan dipanggil sebagai Muazzin atau Bilal.
Kandungan Azan
Laungan azan ialah satu laungan yang terdiri daripada beberapa ayat di dalam Bahasa Arab. Laungan azan ini digunakan sejak zaman Nabi Muhammad, dan ia tidak pernah berubah sejak itu hingga kini. Oleh itu, laungan azan adalah serupa di seluruh dunia.
Kandungan atau lirik azan itu adalah seperti dibawah:
Allahu akbar, Allahu akbar (2x)
Asyhadu alla ilaha illa Allah (2x)
Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah (2x)
Hayya 'alas Solah! (2x)
Hayya alal Falah! (2x)*
Allahu akbar, Allahu akbar
La ilaha illa Allah.
Maksud:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar (2x)
Aku bersaksi, bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah (2x)
Aku bersaksi, bahawa Nabi Muhammad itu Utusan Allah (2x)
Marilah melaksanakan solat! (2x)
Marilah menggapai kejayaan! (2x)
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.
*Untuk azan waktu Subuh digunakan frasa tambahan iaitu "Assolatu khairum minan naum", yang bermaksud "Solat lebih baik dari tidur". Frasa ini diulang dua kali.
Melalui azan, orang Islam diingatkan beberapa perkara iaitu Allah itu Maha Besar, tidak ada tuhan selain Allah, Nabi Muhammad ialah Utusan Allah serta seruan untuk melakukan sembahyang serta menuju kearah kejayaan.
Berikut adalah salah satu contoh rakaman azan.
Maklumat Tambahan
Azan ialah satu laungan yang penting dan amalan yang utama di dalam Islam. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada orang Islam yang akan terasa sensitif sekiranya laungan ini dipermainkan atau dipersendakan.
Inilah apa yang dipanggil sebagai azan. Terima kasih dan teruslah membaca artikel-artikel yang kami sediakan khas untuk ANDA.
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, silalah ajukan kepada kami melalui e-meltuancelikislam@gmail.com. Insya Allah, kami akan cuba menjawabnya.
Selamat mengkaji!
TuanCelikIslam
http://celikislam.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment