Wednesday 21 October 2015

Filled Under:

TUE MAKAN DIA !! Apa yang Lelaki Ini Lakukan Terhadap Bayi Ini SUNGGUH TAK TERCAPAI DEK AKAL FIKIRAN !!!




Video itu telah dimuat naik oleh pengguna facebook yang bernama Daniel Tecu dan beliau menyeru orang ramai serta pihak polis untuk mencari serta memberkas dua individu yang tidak bertanggungjawab di dalam video berkenaan.

Menerusi klip terbabit, bayi yang duduk di atas riba salah seorang lelaki yang diburu itu telah diberi rokok dan minuman keras yang jelas tidak sepatutnya berlaku.

Kedua-dua individu itu dilihat amat menggalakkan bayi tersebut berbuat demikian dan hanya mentertawakannya.

Salah seorang lelaki di situ juga menyatakan perbuatan bayi itu adalah tindakan menjadi ‘lelaki’ sebenar.

Menurut sumber, kejadian itu dipercayai mungkin berlaku di Sepanyol di mana ramai migrasi dari Romania dilaporkan berada di negara tersebut.

Rata-rata netizen telah mengutuk dan mengherdik perbuatan terbabit serta menyifatkan kedua-dua individu di dalam video itu tidak layak untuk memiliki hak penjagaan kanak-kanak itu. – Agensi/MYNEWSHUB.CC


Sumber: informasipanasmasakini


Penganiayaan kanak-kanak


Penganiayaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang di lakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan. Ini termasuk penderaan kepada bayi yang mampu menyebabkan sindrom mengoncang bayi. Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi.

Pada masa kini terdapat peningkatan mengenai mangsa dera akibat terdapat mangsa dera yang meninggal. Belum dapat dipastikan samada peningkatan jumlah ini adalah disebabkan peningkatan dalam jumlah kes penderaan kanak-kanak atau akibat meningkatnya kesedaran yang lebih mendalam mengenai penderaan kanak-kanak.

Sebagai contoh, adakah kanak-kanak yang mati akibat kes penderaan pada masa dahulu tidak pernah berlaku, ataupun kes kematian itu gagal dikesan disebabkan mereka yang mengendalikan mayat kanak-kanak tersebut tidak menyiasat kesan pada mayat disebabkan jahil mengenai kes penderaan kanak-kanak.


Punca penderaan

Penderaan sering berlaku apabila ibu bapa kurang mendapat sokongan sosial seperti mempunyai pendapatan dan pendidikan rendah, apabila suasana persekitaran adalah tidak stabil, apabila ibu merupakan penjaga tunggal, juga apabila tidak adanya tempat penjagaan anak.

Apabila ibu bapa yang pendera "abusive" gagal menggunakan pertimbangan (reasoning) mereka, maka anak-anak tidak dapat menerima "meresapkan" segala peraturan dan undang-undang kerana pertimbangan adalah cara terbaik untuk mengajar sesuatu. Akibatnya anak itu menjadi lebih agresif dan menentang.

Selalunya anak lelaki menjadi mangsa deraan, mungkin kerana anak lelaki dianggap lebih tahan daripada anak perempuan bagi ibu bapa melepaskan kekecewaan mereka.

Kesan daripada penderaan fizikal biasanya mengakibatkan mangsa sukar untuk mempercayai orang dewasa, menjalin persahabatan yang tidak mendalam, dan sering meninggalkan kawan baru jika ia merasakan bahawa ia tidak diterima. Di sekolah pula, mereka merupakan pelajar lemah, kesepian dan tidak mempunyai kawan.

Ini boleh juga terjadi jikalau ibubapa kurang berpendidikan agama, mempunyai krisis rumahtangga ataupun masalah keluarga. Sebahagian daripada faktor utama ialah bahawa ibu bapa kanak-kanak ini bekerja.


Talian bantuan

Malaysia
Terdapat beberapa talian bantuan yang boleh dihubungi oleh mereka yang tinggal di Malaysia, antaranya adalah :

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) 03-7956 3488

Pusat Krisis Wanita ( WCC, Pulau Pinang) 04-228 0342

All Women Action Society of Malaysia (AWAM) 03-7957 0224

TELEDERA 1-800-883040

BEFRIENDERS 03-7956 8144

P.S. The Children 03-74931303


Sumber: Wikipedia




0 comments:

Post a Comment