Saturday 17 October 2015

Filled Under:

SERAM !! Penampakan PONTIANAK berjaya dirakam di Flat Cochrane Yang MENGGEMPARKAN PENDUDUK !!!


SEBUAH video yang dimuatnaik oleh invidu bernama Wey Shen di Facebook dikatakan telah berjaya merakam satu entiti yang menakutkan.

Menurut individu terbabit, video berkenaan dirakam di tingkat 14 Flat Projek Perumahan Rakyat(PPR) Cochrane Ampang di mana dikatakan tingkat berkenaan agak ‘keras’ menyebabkan orang ramai tidak berani naik ke tingkat tersebut.


Berdasarkan maklum balas seorang pengguna Facebook bernama Pendek Oiy II yang mendakwa dia adalah penduduk PPR berkenaan, keadaan misteri memang tak asing lagi di situ.

“Kalau Cochrane memang kat sini sekarang lain macam dah. Kalau block A lagi seram. Kalau atas pukul 12 je lif-lif kat bawah semua automatik buka sndiri ke 3 lif.

“Kadang-kadang kita baru nak tekan button tu dia dah tolong tekankan. Huhu seram, saya tak pernah nampak. Tapi pernah 2 kali dengar bunyi orang menangis,” katanya.

Barikut adalah dua gambar sreenshot dari video berkenaan di mana imej kedua memaparkan imej yang lebih jelas setelah diterangkan.



Gambar yang diterangkan.


Bagaimana? Anda nilailah sendiri… – MYNEWSHUB.CC

Sumber asal: mynewshub


Fakta Menarik Tentang Hantu!!!

Bila sebut pasal hantu semua yang buruk-buruk akan keluar. Tak kisah la dari segi rupa mahupun perangai tapi antara manusia dan hantu tak banyak beza, contohnya


1. Pocong

Hantu : Pocong akan melompat ke mana saja temapat yang ia nak pergi kerana kakinya diikat.

Puteh : Manusia akan melompat-lompat kesana-sini apabila mendengar muzik di kelab-kelab malam.


2. Langsuir

Hantu : Langsuir memang gemar terbang dan mengganggu manusia dengan hilai tawanya yang seram.

Puteh : Manusia pula gemar menaiki motor ditengah malam dengan acara 'Superman' dan bunyi deruman ekzos motor yang membingitkan telinga manusia lain dan juga hantu.


3. Toyol

Hantu : Toyol cukup sinonim dengan kerja-kerja mencuri. Kelebihan toyol ialah tidak pernah sama sekali menuduh manusia yang mencuri.

Puteh : Manusia yang sudah mencuri akan senang-senang menuduh kegiatan mencurinya dengan alasan toyol yang melakukannya.


4. Pontianak

Hantu : Pontianak mampu menjelma menjadi cantik, tetapi akan menunjukkan rupa sebenarnya dengan rambut yang panjang lagi lurus, kuku yang panjang dan taring yang panjang.

Manusia : Manusia akan mengikut cara pontianak dengan membela rambut yang panjang sehingga mencecah lantai dan menyimpan kuku yang panjang seperti tak kenal erti apa itu pengetip kuku.


5. Fakta Lucu Tentang Hantu

Hantu : Tahukah anda hantu raya tidak pernah membuat kuih raya, pelesit pula tidak pernah memiliki kenderaan apatah lagi berlumba dan hantu galah yang yang sinonim dengan perkataan galah tidak pernah pula bermain permainan galah panjang.


Sumber: kiambanglayu




0 comments:

Post a Comment