Tuesday, 20 October 2015

Filled Under:

APAKAH PERSAMAAN NORA DANISH & FASHA SANDHA?? ADAKAH INI TAKDIR?!!!




ok persamaan nya ialah.kejap couple kejap putus,100x yg fasha smpi 6 tahun kot,dgn bakal mertua xsuka nya masa tu tapi lastly menikah juga dgn jejai ni,nora pun dgr cite parents nedim x berapa suka dia ni..aritu dia annouce dah putus..harini pulak sambung pulak balik..dan mungkin bakal menikah rasanya..cuba korang baca bawah sana pengakuan nora ni


Nora Danish Masih Cintakan Nedim Dan Bakal Nikah?


Nora Danish akui dirinya sudah berpisah kira-kira 2 bulan yang lalu namun hati Nora masih menyimpan cinta terhadap bekas kekasihnya iaitu Nedim.

Ketika berlakunya perpisahan, situasi tersebut agak tegang dan keputusan yang dibuat (untuk berpisah) terpaksa dilakukan untuk meredakan keadaan.

Kini, permasalahan yang berlaku di antara mereka itu telah diselesaikan hampir lebih 80 peratus dan ia menyebabkan hati Nora Danish masih belum pasti sama ada mahu menerima Nedim semula atau pun tidak.

"Cinta saya hanya pada Nedim seorang. Amat sukar bagi diri saya untuk menerima kasih sayang daripada orang lain berbanding dirinya.

"Pada mulanya saya tidak berani untuk meluahkan serta memberitahu kepada semua orang tentang hal ini. Jadi di kesempatan ini, saya sudah bersedia untuk berterus terang terutama kepada peminat bahawa saya dan Nedim hanya berkawan rapat," kata Nora kepada Portal Murai.

Nora Danish yang ditemui media di Majlis Pelancaran Teater Muzikal Mak Cun di Istana Budaya turut menjelaskan sekiranya hubungan mereka berakhir dengan pernikahan itu adalah qadak dan qadar.

"Ketika masalah berlaku di antara kami berdua, keadaannya agak rumit sekali serta sukar bagi kami untuk jelaskan.

"Sekarang ia sudah pun selesai, kalau ada jodoh yang boleh menyatukan kami untuk membawa gelaran sebagai suami dan isteri, saya tidak akan menolaknya kerana jodoh itu adalah ketentuan daripada Allah SWT," katanya mengakhiri bicara.


credit


Sumber asal: hmetro.org 



Beza Cara Kehidupan Nora Danish Dan Fasha Sandha . Kesian Raykal


Baru-baru satu foto Nora Danish berhibur di pusat kelab malam menimbulkan perbalahan antara peminat Nora Danish. Ramai yang menyifatkan Nora Danish sudah terlalu tua untuk berhibur dan ada pula yang membeza-bezakan cara hidup Nora Danish dengan Fasha Sandha.

Kalau korang tengok di Instagram Fasha Sanda, korang boleh nampak sendiri wajah keibuaan Fasha Sandha. Malah, ada yang memuji hubungan rapat antara Fasha Sandha dan jugak anak tirinya Raykal.

Berbalik kepada Nora Danish, Netizen mengharapkan Nora Danish lebih meluangkan masa dengan raykal dan mengurangkan aktiviti malam dengan berpakaian seksi. Ada yang menyidirkan meminta gambar nora di kelab malam ini disimpan untuk tatapan si Raykal bila besar nanti.


Gambar Nora Danish berada di disko menjadi perbalahan antara peminat.. Sepatutnya sebagai Ibu kepada raykal, Nora Danish perlu tunjuk tauladan yang baik.

Ada jugak yang mendoakan Nora Danish Supaya berubah ke arah kebaikan. Amiin


Sumber: beritapremium.com



Fasha Sandha Terluka Dibandingkan Dengan Nora Danish


PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha terluka apabila dia dikatakan kononnya tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga suaminya iaitu Rizal Ashram Ramli (Jejai) berbanding dengan Nora Danish.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 30, berkata, dia terpaksa menegur pengikut Instagram miliknya apabila mereka mempersoalkan kenapa dia tidak memuat naik foto bersama keluarga mertua pada acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2014) berbanding Nora Danish yang banyak memuat naik gambar-gambar bersama bekas mertuanya itu.


"Saya beranganggapan komen-komen seperti itu adalah tidak sihat. Sebagai seorang ibu mengandung, isteri dan juga menantu kepada keluarga suami, saya berhak meluahkan perasaan dan menegur pengikut saya di laman sosial.

"Tujuan saya berbuat demikian agar mereka tidak terus melukakan hati atau mengeruhkan lagi perasaan saya ketika ini.

"Status itu adalah teguran kepada pengikut yang ada kalanya meninggalkan komen yang boleh memberi kesan negatif kepada saya," katanya kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.

Pada petang Selasa, Fasha telah menegur segelintir pengikutnya yang memberi pelbagai komen apabila dia tidak mempunyai gambar bersama keluarga suaminya di Instagram berbanding Nora yang memuat naik pelbagai foto bersama keluarga itu pada acara (KLFW2014) yang berlangsung baru-baru ini.

Perkara tersebut membuatkan Fasha mempersoalkan sebab dirinya dibandingkan dengan Nora dan meluahkan bahawa dia tidak suka membaca komen-komen sebegitu di mana ia boleh melukakan hatinya.

Bagaimanapun kata Fasha, dia bersyukur dan berterima kasih dengan kebanyakan pengikutnya yang menyokong dengan setiap perkara yang dilakukannya menerusi komen-komen positif yang diterima.

Sementara itu, ditanya adakah dia mempunyai hubungan yang akrab dengan keluarga Jejai, Fasha enggan mengulas tentang perkara tersebut.

"Soal sama ada saya akrab atau tidak dengan keluarga suami, saya tidak perlu komen.

"Cuma apa yang boleh dikatakan di sini, saya harap masing-masing faham dengan had masing-masing. Peminat sekarang bijak dan mampu menilainya," tuturnya.


Sumber: mstar 




0 comments:

Post a Comment