##Jika wanita
sinonim dengan kecantikan, lelaki pula pada kekacakkan mereka. Artis
dan selebriti lelaki kekacakan mereka diukur melalui gaya dan
penampilan.Pun begitu, istilah kacak pada kebanyakan lelaki cukup
subjektif. Ia bukan saja menjurus pada rupa paras dan penampilan
semata-mata tetapi paling utama merujuk ke arah karakter diri mereka
sendiri serta tahap profile masing-masing .
Dalam soal ini,
antara elemen penting yang menyokong kekacakan peribadi seorang lelaki
adalah kematangannya berbicara, tenang dan pemikiran positif dan paling
penting pilihan hati daku ! hahahaha..
1) Nik Michael Imran, 24, Chef Selebriti
Walaupun
persaingannya dalam MasterChef Malaysia musim pertama terkandas di
tengah jalan, ia nyata bukan pengakhiran buat Nik Michael Imran Nik
Ezar.
Semakin
dikenali ramai menerusi pelbagai program masakan dikendalikannya, tukang
masak kacak seperti Nik Michael menyifatkan ketampanan lebih merujuk
penampilan diri seseorang yang sentiasa bersih dan kemas.Tidak
menganggap dirinya kini sudah berada pada tahap popular kerana
mengendalikan program Tea Twist di saluran Asia Food Channel (AFC), Nik
Micheal berkata, apa yang diperoleh kini adalah berkat kesabaran dan tak
pernah kenal erti putus asa.
Kini
mengusahakan restoran sendiri, Picknik yang beroperasi di Publika,
Solaris Dutamas, Kuala Lumpur sejak setahun lalu, Nik Michael berkata
lelaki boleh kelihatan seksi apabila di dapur!
Soalan: Selebriti Hollywood yang ingin anda masak bersama?
Jawapan: Jessica Bell
2)Anuar Zain, 44, Penyanyi
Pada usia lebih 40 tahun, Anuar Zain masih segak dan kacak dengan populariti yang bertahan lama.
Istilah kacak
daripada kaca mata Anuar adalah subjektif dan ia tertumpu pada
pandangan mata seseorang. Apapun, kekacakan itu sebenarnya datang
daripada jiwa yang sihat, bersih dan positif.
Kacak juga
menurut Anuar boleh dinilai dari aspek ketrampilan diri melalui bahasa
tubuh, perawakan tutur kata dan cara serta tata tertib.
Soalan: Apa akaun Instagram anda?
Jawapan: Saya tiada sebarang akaun di laman sosial.
3)Josiah Hogan, 28, Pelakon
Darah Amerika –
Latin yang dimiliki pelakon meningkat naik, Josiah Hogan membuatkan dia
kini tersenarai dalam kelompok artis lelaki kacak Malaysia.Josiah
bagaimanapun tidak melihat kekacakan dimiliki seseorang lelaki hanya
terletak pada rupa paras yang tampan, sebaliknya bagi bapa kepada
seorang anak itu istilah kacak lebih menjurus pada penampilan dan gaya.
Mengulas
mengenai penilaiannya terhadap kacak atau cantiknya seseorang, Josiah
berkata, dia lebih suka melihat pada cara komunikasi.
Ujarnya, komunikasi sangat penting kerana cara seseorang itu bercakap sudah mampu menggambarkan sejauh mana tahap kematangannya.
Soalan: Pandangan anda mengenai Angelina Jolie.
Jawapan: Bijak, seksi & intelektual
4)Shah Iskandar, 32, Pelakon
Berkelana dari
tanah kelahiran, Singapura ke Malaysia tidak sia-sia bagi pelakon
popular, Shah Iskandar apabila namanya kini semakin mendapat tempat
dalam industri lakonan di Malaysia.
Bahkan, Shah juga dikategori sebagai pelakon kacak oleh ribuan peminatnya.
Shah berkata,
dia melihat kekacakan dimiliki seorang lelaki bukan sekadar pada
penampilan diri dan gaya, sebaliknya perlulah bijak serta intelektual.
Katanya, dia
tidak begitu memandang pada penampilan dan gaya sebagai keutamaan tetapi
cara pemikiran itu yang paling utama dan harus dinilai.
Soalan: Filem Melayu kegemaran anda?
Jawapan: Tanda Putera
5)Aaron Aziz, 37, Pelakon/ Pengacara
Sudah
berkeluarga dan memiliki tiga cahaya mata, penangan Aaron Aziz masih
lagi berbisa dan diminati ramai apatah lagi, sekiranya Aaron, melakonkan
watak lelaki romantik. Ternyata wajah kacak dimiliki Aaron dengan
bahasa tubuh serta bakat besarnya dalam lakonan membuatkan dia masih
mampu ‘mencairkan hati’ jutaan wanita.
Bukan itu saja, kepekaan Aaron pada tatarias gaya dan penampilan juga membuatkan setakat ini jarang gagal di khalayak ramai.
Soalan: Fear Factor anda?
Jawapan: Ketinggian (gayat).
Aiman Hakim Ridza, 24, Pelakon
Biar pun
kecundang ketika dalam persaingan program Mentor 5 di bawah bimbingan
penyanyi rock terkenal, Rahim Maarof, Aiman Hakim Ridza nampaknya lebih
berbakat dalam lakonan.
Mula melonjak
naik dan dikenali peminat menerusi drama Vanila Coklat, Aiman yang
merangkul Anugerah Artis Baru Lelaki Popular pada Anugerah Bintang
Popular BH 2012 (ABPBH2012) lalu juga memiliki wajah kacak dan tubuh
yang tinggi.
Soalan: Kota paling romantik?
Jawapan: Pastinya… Paris
Sebut saja nama Awal Ashaari, ia bukan sekadar pengacara kacak berbakat, tetapi suami pelakon Scha Alyahya ini juga cukup dikenali dengan gayanya yang bijak berfesyen.
Memiliki
wajah tampan dengan gaya tersendiri apabila menghadiri majlis hiburan
berprestij, tidak hairanlah Awal boleh dikategori dalam barisan
selebriti kacak tanah air.
Pengacara
program Melodi ini juga dilihat amat menjaga penampilan dirinya dan
Awal tetap nampak hebat walaupun hanya memakai T-shirt.
Soalan: Cita-cita asal sebelum menjadi pengacara?
Jawapan: Penyanyi.
Jawapan: Penyanyi.
Sekalipun pernah dilabel sebagai panas baran namun pelakon popular Remy Ishak juga dilihat mempunyai daya tarikan yang tinggi.
Berkulit sawo
matang, Remy tetap tampak kacak dan menawan dalam kelas tersendiri.
Bahkan, bintang filem dan drama Nur Kasih The Movie ini juga makin bijak
bergaya.
Remy kelihatan cukup ‘macho’ apabila tampil bergaya formal dengan pemakaian sut lengkap dan berkot.
Soalan: Lagu dangdut yang paling anda minati?
Jawapan: Memori Daun Pisang
8)Izzue Islam, 24, Penyanyi/ Pelakon
Jawapan: Memori Daun Pisang
7)Aeril Zafrel, 26, Pelakon
Pelakon Aeril Zafrel yang juga suami kepada aktres Wawa Zainal juga tidak kurang kacaknya kerana berwajah jambu.
Berstatus suami
orang dan ayah kepada seorang anak, pembabitan Aeril dalam lakonan yang
bermula menerusi filem Aku Tak Bodoh pada 2010 itu, kini sudah
melangkah jauh hingga ke Barat.
Aeril yang juga
katanya kini berada di luar negara kerana terbabit dengan penggambaran,
pernah mencetuskan kontroversi tahun lalu kerana menyembunyikan
perkahwinannya bersama Wawa.
Soalan: Watak lakonan paling mencabar?
Jawapan: Attar dalam filem 99 kali rindu.
Anggota Fourteen walaupun sudah berkahwin tetap popular barangkali kerana kekacakan wajahnya yang comel persis keanak-anakan.
Namun,
kacak pada sut pandangan anak jati Kelantan ini sendiri adalah kacak
adalah tampan dan segak. Apatah lagi, apabila seseorang lelaki itu
sentiasa tampil bergaya.
Bahkan, katanya berpakaian yang sesuai dengan bentuk badan, boleh membuatkan penampilan seseorang itu kemas. Apapun, ‘kacak’ pada pandangan setiap orang berbeza mengikut naluri masing-masing.
Bahkan, katanya berpakaian yang sesuai dengan bentuk badan, boleh membuatkan penampilan seseorang itu kemas. Apapun, ‘kacak’ pada pandangan setiap orang berbeza mengikut naluri masing-masing.
Menyentuh dirinya yang dilabel kacak, Izzue
psst :
semua kekacakkan dan ketampanan yang dimilik dipinjamkan sementara buat
kita semua , hargai sementara diberi serta manfaatkan ke arah kebaikkan.
Sumber asal: pedasssangat.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment