Monday 26 October 2015

Filled Under:

AL-FATIHAH !! PENYANYI DANGDUT INDONESIA INUL MINTA MAAF - 12 Mati 72 Parah Dalam Kebakaran di Pusat Karaoke...


##Jakarta: Penyanyi dangdut Indonesia yang terkenal dengan g0yang gerudi, Inul Daratista memohon maaf dan turut berdukacita serta menyampaikan takziah terhadap keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian kebakaran di pusat karaoke miliknya, Inul Vizta Manado, di Mega Megamas, Manado, Sulawesi Utara awal pagi tadi....

>> Dalam kejadian 1 pagi itu, 12 orang terkorban, 71 lagi cedera......
Inul menerusi Instagramnya memaklumkan kejadian itu berlaku dalam tempoh 10 tahun dia terbabit dalam perniagaan dan memberi peringatan kepadanya untuk mengambil langkah lebih baik pada masa akan datang.....

>> Portal berita tempatan memetik Ketua Polis Daerah Manado, Rio Permana sebagai berkata, pusat karaoke yang terletak di tingkat tiga sebuah k0mpleks padat dengan pengunjung ketika kejadian berlaku....

>>Kebanyakan pengunjung dilapor tidak menyedari kebakaran itu kerana mereka asyik berhibur dan hanya melarikan diri setelah ternampak api mula marak.....
Ramai yang terperangkap kerana hanya ada satu pintu keluar dan menyebabkan ramai yang menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkat dua dan tiga.....

>> Semua mangsa yang meninggal dan cedera dibawa ke Hospital Prof dr RD Kandou Malalayang, Manado.....

Kebakaran yang dipercayai akibat litar pintas itu dapat dikawal sepenuhnya pada kira-kira 3.30 pagi.
Semua mangsa yang terkorban sudah dikenal pasti dan mereka adalah:

1. Claudya Wow0r
2. Riani Walalangi
3. Cici Won0k
4. Sinta Sajouw
5. Freddy Kalal0
6. Sukardi
7. Randy Korompis
8. Lani Langi
9. Rendy
10. Silvia Kaaw0an
11. Brayen Kaaw0an
12. Bilman Simatupang


Sumber : http://www.hmetro.com.my/


Sumber asal: cutemutesweet


Biodata Inul Daratista

NAMA SEBENAR: Ainur Rokhimah
ASAL: Pasuruan, Jawa Timur
TARIKH LAHIR: 21 Januari 1979
AGAMA: Islam
KERJAYA: Penyanyi dan pelakon
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Adam Suseno
ANAK: Yusof Ivander Damares (lahir pada Mei 2009)
ALBUM: Goyang Inul, Separuh Nafas, Mau Dong dan Rasain Lho
LAGU POPULAR: Goyang Inul,Kocok-Kocok
SINETRON: Kenapa Harus Inul dan Gara-gara Inul, Hidayah (Susuk Pemikat Si Penari Jaipong) dan Hidayah (Penyanyi Dangdut Banting Setir Jadi Pembantu)
FILEM: Cinta Setaman (2008)

Biodata Inul Inul Daratista @ Lirikami


Sumber: liriklagumuzika.com




0 comments:

Post a Comment