1. Cuka
Masukkan cuka ke dalam botol dan semburkan ke serata tepi dinding dan tiang rumah. Biarkan cuka kering. Ulang proses semburan ini beberapa hari. Cara ini akan mencegah semut dari memasui rumah anda.
2. Air sabun basuh
Air sabun juga boleh digunakan untuk menghalau dan menghalang semut dari masuk ke rumah. Caranya sama seperti cara yang dilakukan pada cuka. Masukkan air yang dicampur sabun ke dalam botol dan semburkan ke sekeliling rumah. Ulang semburan selama beberapa hari.
3. Kapur tulis
Semut tidak pernah melintasi permukaan yang digaris kapur. Caranya, gariskan kapur di sekitar tempat semut berkumpul.
4. Bedak bayi
Oh, ini menarik dan selamat. Taburkan bedak bayi di titik atau lubang tempat semut masuk ke rumah anda. Ini akan menutup lubang tersebut dan menghaklang semut untuk masuk.
5. Perahan air limau nipis
Semburkan perahan limau nipis di atas jalan semut. Ia akan mematikan semut sambil menyegarkan bau rumah anda.
6. Serbuk kopi
Bagi penggemar kopi, serbuknya usah dibuang. Taburkan di keliling rumah. Serbuk kopi juga boleh ditaburkan di sekitar taman dan pokok bunga. Semut tak kan suka datang dekat lagi.
7. Tepung Jagung
Taburkan tepung jagung di atas jalan semut. Semut akan makan tepung jagung tapi tidak mampu mencernanya dan akhirnya semut akan mati.
8. Garam
Garam juga tidak akan membunuh semut. Tapi garam boleh mencegah dan menghentikan semut datang ke rumah melalui retakan, lubang, dan sebagainya. Pastikan tempat yang ditabur garam kering.
Sumber : guablog.com
Sumber asal: queachmad.com
Sumber asal: queachmad.com
20 FAKTA MENARIK TENTANG SEMUT
Dah agak lama kami tak kongsikan post berkenaan dengan fakta haiwan dan serangga. Jika sebelum ini kami pernah kongsikan fakta-fakta menarik tentang lipas, lembu, kucing, gajah dan lebah kali ini kami nak kongsikan 20 fakta menarik tentang semut pula. Mungkin ada yang ada ketahui dan mungkin juga ada yang akan mengejutkan anda. Jadi sila baca setiap satu dengan teliti dan cuba fahamkannya ye.
- Ada lebih 12, 000 spesies semut di seluruh dunia.
- Semut sebenarnya kerap tidur dan agak pemalas. Walaupun kita sering dengar tentang kisah semut yang rajin dan tidak tidur tetapi kajian terhadap pola tidur semut api membuktikan sebaliknya. Semut api tidur 253 kali sehari dan purata setiap sesi adalah selama 1.1 minit bersamaan lebih kurang 4.8 jam sehari. Ratu semut pula tidur 92 kali sehari dengan purata masa setiap sesi adalah selama 6 minit bersamaan 9.4 jam sehari.
- Semut tidak mempunyai telinga. Ia “mendengar” dengan menggunakan getaran yang dirasai menggunakan kakinya.
- Ratu semut mempunyai sayap, sayap berkenaan akan gugur apabila mereka membina koloni baru.
- Apabila ratu semut mati, koloninya itu hanya boleh bertahan selama beberapa bulan sahaja. Ratu jarang digantikan dan pekerja tidak dapat membiak.
- Ratu memberi telur makan air liurnya.
- Semut boleh hidup sehingga mencecah usia 30 tahun.
- Kajian tentang semut dipanggil Myrmecology.
- Nisbah diantara manusia dengan semut adalah 1 juta semut bagi setiap manusia
- Otak semut mempunyai kira-kira 250,000 sel-sel otak.
- Deria bau semut adalah sebaik deria bau anjing
- Semut boleh mengangkat beban sehingga 50 kali berat badannya dan meletakkanya di atas kepala. Ia tidak menggunakan kaki untuk mengangkat, sebaliknya hanya menggunakan mulutnya.
- Semut adalah antara makhluk terkuat di dunia jika dibandingkan dengan saiznya
- Semut penuai Maricopa ( Maricopa hrvester ant) mempunyai sengatan yang sama seperti 12 ekor lebah.
- Hampir semua semut yang anda lihat adalah betina. Semut jantan atau Drone, tidak melakukan apa-apa kerja, mereka tidak kelihatan seperti semut dan hanya hidup untuk beberapa bulan semasa musim mengawan. Kerja dia hanyalah untuk mengawan dengan ratu semut dan selepas itu ia akan mati.
- Semut mempunyai 2 perut, satu untuk menyimpan makanan untuk diri mereka dan satu lagi untuk semut lain. Anda mungkin ada melihat semut seperti mencium semut lain, ia sebenarnya adalah proses pemindahan makanan yang dipanggil trophallaxis. Ia membolehkan semut menjaga sarangnya pada masa yang lain mencari bekalan makanan
- Semut boleh hidup di semua benua kecuali Antartika. Ia dapat hidup dalam keadaan extreme tetapi Antartika adalah terlalu sejuk bagi mereka
- Koloni semut terbesar yang dijumpai adalah selebar 6000 kilometer.
- Musuh terhebat semut adalah bukan manusia tetapi semut lain. Semut dari koloni berbeza (walaupun sama spesis) akan menyerang koloni lain untuk merampas makanan dan menjadikan yang kalah sebagai hamba.
- Ratu semut mengawan sekali sahaja – sebelum membina koloninya. Ia kemudiannya boleh menyimpan sperma sehingga 15 tahun dan menghasilkan lebih 300 juta anak.
Macam mana hebat bukan makhluk ciptaan tuhan yang bernama semut ini. Walaupun tubuhnya kecil tetapi ia mempunyai tugas dan keistimewaan mereka sendiri. Oleh itu janganlah sesekali memperkecilkan atau mempertikaikan wujudnya sesuatu di muka bumi ini. Ada banyak lagi fakta yang kurang menarik di sumber kami, kalau rajin sila la melawat. Yang menarik kami dah paparkan di sini hehe.
sumber: funshun, antark
Sumber asal: cisdel.com
0 comments:
Post a Comment