Saya mempunyai seorang suami sempurna dalam semua hal di mata saya. Tetapi dia mempunyai masalah yang susah nak kejutkan bangun tidur terutamanya bila dah tidur lambat atau terlampau penat (tapi tak selalu juga ada masanya).
Macam ini situasinya, bila saya kejutkan dia untuk sembahyang atau pergi ke kerja pagi dia akan marah-marah dan maki saya. Pernah sampai satu tahap saya di pukul dan tampar sampai lebam-lebam kat badan.
Tak payah nak cakap lah dah macam-macam cara dan strategi saya buat supaya senang nak bagi kejut. Semasa di pukul, ada jg saya balas pukul sebab terlampau geram,cuma saya pukul tak lah sekuat sampai cedera jika di bandingkan dengan tenaga lelaki yang memukul perempuan.
Pernah juga saya biarkan je dia tidur, supaya dia boleh tidur sepuasnya. Rupanya sangkaan saya meleset, bila saya biarkan semakin teruk, lebih lama dia tidur lebih susah nak bangunkan. Pernah sekali dia tidur sampai 3 hari, bangun untuk makan je. Sampai hari ke-3 baru bangun macam biasa, itu pun sampai dah saya nangis sebab kena pukul lebam-lebam baru dia betul-betul sedar.
Lagipun sebab perangai dia ini lah prestasi kerja dia semakin merosot sbb selalu lewat ke kerja dan kadang-kadang tak pegi kerja dan selalu tinggal sembahyang. Pokoknya hidup kucar-kacir sebab masalah tidur dia ni. Takut nanti sampai kena buang kerja.
Apa patut saya buat yer dah macam-macam saya buat baca surah yassin kat telinga pn dah buat dan bisik kat telinga dia doa yang sesuai.
Mungkin bagi orang lain ini adalah masalah kecil, tetapi jika seringkali di pukul masa nak kejutkan dia tu hati saya ini semakin lama semakin parah.
0 comments:
Post a Comment