Sunday, 25 October 2015

Filled Under:

[MESTI BACA] 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Apabila Sekolah Tutup Akibat Jerebu !!



Sekolah Ditutup Akibat Jerebu

Sekolah Ditutup Akibat Jerebu (Foto Utusan)


Nampaknya isu jerebu masih belum ada kesudahan dan sudah pasti, tahun ini merupakan tahun yang paling teruk negara dilanda jerebu dalam sejarah dengan kualiti pencemaran udara yang teruk hampir sebulan.

Susulan itu, kesihatan rakyat dipercayai semakin merosot dan aktiviti harian juga terganggu.

Walau bagaimanapun, pelajar merupakan antara golongan yang paling terjejas kerana sekolah terpaksa ditutup beberapa hari demi menjaga kesihatan mereka.

Berikut adalah 5 perkara yang anda perlu tahu berkenaan penutupan sekolah dan jerebu


1. Jumlah hari yang ditutup?

Kira-kira 1.7 juta pelajar serta lebih dari dua ribu sekolah terlibat dalam penutupan sekolah berikutan keadaan jerebu yang berterusan.

Lebih mengecewakan, bukan sehari ataupun dua hari tetapi sekolah terpaksa ditutup untuk beberapa hari berterusan sejak bulan Sepetember.

Berikut adalah senarai tarikh sekolah diarah tutup bagi tahun ini;

Pada 15 September 2015 (Selasa), sebanyak lima buah negeri iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka telah diminta menutup sekolah kerana bacaan IPU di negeri-negeri berkenaan menunjukkan bacaan yang sangat tidak sihat.

Pada 17 September, sebanyak 463 sekolah rendah dan menengah di Kuching dan Samarahan, Sarawak ditutup akibat jerebu teruk.

Semua sekolah di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan di negeri Sarawak, Pahang dan kawasan Tanjung Malim, Perak ditutup pada 28 September 2015 (Isnin).

Pada 29 September 2015, (Selasa) semua sekolah di negeri Johor dan Melaka ditutup akibat jerebu teruk.

Semua sekolah di negeri Johor ditutup pada 30 September 2015 (Rabu).

Pada 5 dan 6 Oktober, semua sekolah di seluruh negara kecuali Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah ditutup pada ekoran keadaan jerebu yang semakin merosot.

Semua sekolah di daerah Langkawi ditutup pada 7 Oktober 2015 (Rabu) manakala semua sekolah di seluruh negara dibuka seperti biasa.

Pada 19, 20, 21, 22 Oktober, semua sekolah di beberapa negeri ditutup berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan.

Selain itu, semua sekolah agama di beberapa kawasan turut ditutup pada tarikh-tarikh yang terlibat seperti di atas.



2. Negara lain yang tejejas

Bukan sahaja di Malaysia, semua sekolah di Singapura juga terpaksa ditutup beberapa hari apabila bacaan indeks standard pencemaran (PSI) di negara tersebut meningkat.

Manakala di beberapa kawasan Indonesia, kerajaan mereka telah isythiharkan darurat, yang jelas bahawa semua sekolah di kawasan terbabit juga ditutup.



3. Siapa dan bagaimana cuti ditentukan?

Penutupan sekolah kerajaan bagi golongan sekolah rendah serta sekolah menengah di seluruh negara ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Manakala bagi sekolah agama, penutupan sekolah ditentukan oleh Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.

Penutupan sekolah berkaitan jerebu ditentukan berdasarkan operasi standard (SOP), dimana sekolah wajib ditutup jika bacaan IPU mencecah 200 .

Baqaimanapun, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali sebelum ini menyarankan agar kerajaan pusat menyemak semula prosedur operasi standard (SOP).

Beliau berkata pengetua sekolah perlu diberi kuasa untuk menutup sekolah sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat bacaan 160 berbanding 200 sebagai langkah keselamatan kesihatan kepada pelajar.

Manakala, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata jarak penglihatan juga boleh diambil kira dalam menentukan penutupan sekolah. Oleh itu, pihak sekolah dibenarkan ambil keputusan jika jarak penglihatan kurang 500 meter.


4. Adakah jadual peperiksaan terganggu?

Peperiksaan akhir tahun di beberapa sekolah yang dijadualkan pada minggu ini terpaksa ditangguhkan berikutan penutupan sekolah bagi beberapa hari.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 yang bermula 2 November depan akan diteruskan walaupun jerebu yang melanda negara masih belum ada sebarang tanda untuk reda.



5. 'Takkan pelajar sekolah saja?'

Walaupun pengumuman penutupan sesi persekolahan melegakan banyak pihak, namun ada segelintir di kalangan orang awam yang mempersoalkan mengapa keputusan tersebut hanya membabitkan pelajar dan guru.

Malah, golongan pekerja dan orang awam berpendapat jerebu teruk menyebabkan mereka tidak selesa untuk keluar bertugas seperti biasa.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa sekolah diminta ditutup kerana golongan kanak-kanak lebih mudah jatuh sakit berbanding orang dewasa.

Adakah anda antara golongan pekerja yang terpaksa bekerja walaupun kualiti udara semakin merosot?

Kualiti udara hari ini semakin merosot apabila enam kawasan di utara melibatkan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Sementara itu, sebanyak 28 kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.




Sumber: ohdunia.my



Semakan Bacaan Terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jerebu Di Malaysia

Semakan Bacaan Terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jerebu - Kawasan Di Malaysia. Orang ramai boleh membuat semakan dan merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa di kawasan masing-masing terutama semasa keadaan jerebu.  

Semakan Bacaan IPU Terkini Malaysia
  
Status Bacaan IPU :
  • 1) 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 
  • 2) 51 hingga 100 (sederhana), 
  • 3) 101 hingga 200 (tidak sihat), 
  • 4) 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 
  • 5) 300 ke atas (berbahaya).

DOA KETIKA CUACA BURUK ( JEREBU )
اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ، وَخَيْرِ مَا فِيهَا وَخَيْرِ مَا أُمِرَتْ بِهِ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيحِ، وَشَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا أُمِرَتْ بِهِ.

Hadith Nabi riwayat Imam Muslim, Tirmizi, Ibnu Abi Syaibah dan selainnya

Sumber FB Jab Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
 LINK SEMAKAN - http://www.doe.gov.my
 atau rujuk di laman peta di bawah ini atau klik Semak Bacaan IPU Malaysia
 Ya Allah sesungguhnya kami memohon kebaikan dari angin dan cuaca ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diperintahkan dengannya, Dan kami memohon denganMu agar dijauhkan dari keburukan angin dan cuaca ini dan dari keburukan yang ada padanya dan keburukan yang diperintahkan dengannya.

Sumber: panduanmalaysia.com




0 comments:

Post a Comment