Apapun, kejelitaan dan keputihan kulit muka Scha lebih menyerlah mungkin kerana pengambilan produk-produk kecantikan yang bermacam-macam sejak beliau bergelar artis terkenal tempatan.
Sumber asal
Scha Al-YahyaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (lahir 30 Mei 1983) atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya ialah seorangpelakon, pelawak, pengacara serta peragawati di Malaysia. Scha memiliki Diploma Teknologi Maklumat dari Kolej Pusat Teknologi dan Pendidikan Lanjutan (PTPL), Shah Alam. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pramugari syarikat penerbangan komersialAirasia di sekitar tahun 2006-2007. Selepas tamat perkhidmatan selama 2 tahun, beliau melibatkan diri di dalam dunia peragaan, iklan tv dan lakonan. [1][2]Beliau pernah memenangi pertandingan pencarian Dewi Remaja anjuran majalah Remaja terbitan Karangkraf. Beliau mula-mula muncul menerusi watak komedi dalam peranan kecil untuk drama bersiri "Bella" di TV3 sebelum meraih perhatian ramai menerusi drama bersiri, Awan Dania, di mana beliau berperanan sebagai seorang gadis tomboi yang berusaha untuk mencapai impiannya bergelar seorang pramugari. Filem pertamanya berjudul"Antoo Fighter" yang bergenre komedi memperkenalkan beliau di layar perak sebelum membintangi beberapa filem box office seperti "Evolusi KL Drift", "Aku Bukan Tomboy" dan "Awan Dania The Movie". Sejak itu Scha popular dengan watak-watak komedi menerusi beberapa drama seperti "Prebet Jamilah", "Mimi Mencari Cinta" dan "Jodoh". Beliau pernah dicalonkan untuk anugerah Pelakon Komedi Wanita Terbaik dan Artis Lawak Wanita Popular di Anugerah Lawak Warna 2013.Pun begitu, beliau pernah mencuba beberapa watak serius, antaranya watak mangsa pelacuran di zaman pendudukan Jepun dalam drama "Geisha Melayu Terakhir" serta lakonan memberangsangkan sebagai gadis lesbian dalam filem "Histeria" yang melayakkan Scha dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 pada tahun 2009. Tetapi popularitinya lebih diraih menerusi banyak lakonan komedi selain mula mencerburi bidang pengacaraan, antaranya bergelar pengacaraMuzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu selama dua musim. Semasa tidak berlakon, beliau sibuk menguruskan kedai milik beliau. Scha lebih selasa bersama teman lelakinya yang tidak menceburi bidang hiburan.Pada 4 Mei 2012, Scha (29 tahun) berkahwin dengan pengacara selebriti Awal Ashaari (Awal), (30 tahun). Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Pullman Lakeside,Putrajaya. Ijabkabul dilakukan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus. Majlis resepsi perkahwinan mereka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).[3]Siaran langsung majlis perkahwinan menerusi saluran Astro Ria terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal (hujan ?). Raqim Ahmad Ramli menjelaskan bahawa masalah itu akan diperbaiki. Sebelum ini perkahwinan Lisa dan Yusry berjalan lancar.[4]Isi kandungan Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Scha Al-Yahya Kelahiran Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya
30 Mei 1983 (32 tahun)
Sungai Petani, KedahPekerjaan pelakon, pelawak, pengacara,peragawati Tahun aktif 2006 - Kini Agama Islam Pasangan Awal Ashaari Anak 1
Filem[sunting | sunting sumber]
- Antoo Fighter:Amukan Drakulat(Lara Lenjan@Manjalara Lenjan)
- Histeria(Alissa)
- Papadom(Shasha)
- Evolusi KL Drift 2(Aleya)
- Adik Manja Returns(unknown)
- Aku Bukan Tomboy(unknown)
Drama[sunting | sunting sumber]
- Awan Dania the Movie(Dania)
- Bella(Sofea)
- Honeyz(Honey)
- K.I.T.A.(sebagai Kiera)
- Luna Fantasiku(sebagai Sarah)
- Sadiq & Co.(unknown)
- Awan Dania 1, 2 &3 (sebagai Dania)
- Impian Illyana 2(unknown)
- Dunia KITA(Rania)
- Kelassss..kau Maria sebagai maria
- Jodoh(Olly)
- Lemas Dalam Cinta(Anis Sofea)
Pengacaraan[sunting | sunting sumber]
- Prebet Jamilah(Jamilah)===Pengacaraan===
- Sehati Sejiwa
- Astro On Demand
- Sehati Berdansa Musim 3
- Kata Kau?
- Anugerah Juara Lagu 28
Iklan komersial[sunting | sunting sumber] Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]
- Muzik- Muzik (2013- 2014)
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan 2005/2006 Karangkraf Dewi Remaja Juara Scha Alyahya Menang 2008 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Artis Baru Wanita Popular Dicalonkan 2009 Festival Filem Malaysia ke-22 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Histeria Dicalonkan Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon TV Wanita Popular Scha Alyahya Dicalonkan 2010 Anugerah Stail EH! Selebriti Pilihan Kulit Majalah Dicalonkan Anugerah Shout! Anugerah Hot Chick Menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan 2011 Anugerah Skrin Anugerah Sinaran Pantene Dicalonkan Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan 2012 Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan Anugerah Jelita Dicalonkan Anugerah Stail EH! Selebriti Wanita Paling Bergaya Dicalonkan Selebriti Paling Fotogenik Menang [5] Pasangan Selebriti Pilihan (dengan Awal Ashaari) Dicalonkan Anugerah Shout! Anugerah Hot Chick Dicalonkan Anugerah Blokbuster Anugerah Heroin Terhebat Aku Bukan Tomboy Dicalonkan Anugerah Skrin Anugerah Sinaran Pantene Scha Alyahya Menang 2013 Anugerah Shout! Anugerah Hot Chick Dicalonkan Anugerah Melodi Artis Wanita Pilihan Dicalonkan Pasangan Pujaan (dengan Awal Ashaari) Menang Anugerah Lawak Warna Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV) Jodoh Dicalonkan Artis Lawak Wanita Paling Popular Scha Alyahya Dicalonkan Anugerah Bintang Popular Berita Harian Artis Wanita Stailo Dicalonkan 2014 Anugerah Stail EH! Selebriti Wanita Paling Bergaya Dicalonkan Selebriti Paling Fotogenik Menang [6] Pasangan Selebriti Pilihan (dengan Awal Ashaari) Menang
Sumber: Wikipedia
Kisah cinta Scha AlYahya dan Awal Ashari
Kisah cinta Scha AlYahya dan Awal Ashari ibarat kisah dongeng. Si teruna setia menanti demi mendapatkan puteri idaman manakala si dara pula bertuah kerana putera hadir tepat pada masanya merawat segala luka sekali gus bertemu cinta sejati.
Akui Awal, bukan mudah memikat buah hatinya itu. Tiga tahun dia menanti dengan penuh harapan sebelum salam yang dihulurkan bersambut. Meskipun terpaksa berdepan dengan lautan berliku, rasa kasih terhadap Scha tidak pernah goyah.
“Pertama kali melihatnya dalam program Dewi Remaja pada 2007, terdetik rasa suka dan timbul keinginan yang tinggi untuk mengenalinya dengan lebih rapat. Saya terpikat dengan kecantikan serta personalitinya yang lain dari lain. Ketika itu saya dipertanggungjawabkan mengacara program berkenaan dan Scha pula salah seorang peserta. Jika peserta lain asyik ‘pose’ cantik, dia sangat selamba malah sekali pandang macam tak sesuai pula dia menyertai pertandingan itu biarpun dia jelita. Namun, sikap bersahaja itulah yang buat saya asyik ingatkan dia.Awal perkenalan, dia sangat sombong. Biarpun berjaya mendapatkan nombor telefonnya selepas satu insiden, saya masih tidak dapat mendekatinya. SMS yang saya hantar hanya dibalas dengan ayat ringkas atau sepatah perkataan.
“Selidik punya selidik, pada 2008 saya dapat tahu dia sudah ada teman lelaki. Saya tidak mahu kacau daun dan selepas itu, hanya mengirimkan SMS untuk bertanya khabar. Biarpun sedar tidak ada harapan, namanya tetap bertakhta di hati malahan bagi saya dia tiada tandingan,” kata Awal .
Tawaran menjadi penghias kulit muka depan sebuah majalah membuka ruang kepadanya untuk bergandingan dengan wanita idamannya. Dia diberi lampu hijau untuk memilih pasangan gandingannya dan sudah tentu nama Scha meniti di bibir.
Biarpun Scha kekal dingin, perasaannya tetap tidak berubah sebaliknya kerjasama itu menjadi antara kenangan terindah baginya. Sehinggalah penghujung 2008, mereka bertemu sekali lagi di Astro Awani untuk mempromosikan filem Syurga Cinta dan Histeria. Dari situ, mereka mula berbalas SMS lebih kerap namun masih atas paksi rakan artis.
“Selepas itu saya beberapa kali terserempak dia keluar teman barunya yang juga artis. Sebagai lelaki yang meminatinya, saya gembira melihat dia bahagia. Takdir sekali lagi menemukan kami di Festival Filem Malaysia pada 2009, sejak itu kami makin rapat dan tahun berikutnya (2010) kami disatukan sebagai hos program Sehati Berdansa.
“Kami semakin selesa dengan persahabatan yang terjalin dan kebetulan ketika itu dia putus cinta. Scha selalu berkongsi masalah dan isi hatinya dengan saya. Penghujung 2010, cinta saya akhirnya berbalas.
“Apabila dikenang, kisah cinta kami seperti kisah dongeng. Selepas dua tahun memendam perasaan dan melihatnya bahagia dengan orang lain, barulah saya dapat rapat dengannya dan setahun selepas itu, barulah dia terima saya sebagai kekasih.
“Luaran Scha nampak keras hati tetapi sebenarnya dia seorang yang sangat penyayang. Ibu dan kawannya pernah beritahu, Scha tidak pernah sayang orang lain macam dia sayang saya. Dia banyak berkorban dan letakkan saya sebagai keutamaan dalam hidupnya. Saya rasa sangat bertuah dan bahagia,” katan Awal.
Sementara itu Scha menjelaskan, antara faktor membuatkannya jatuh hati dengan Awal kerana kesabaran serta kesungguhan jejaka itu cuba menawan hatinya selain sikap mereka yang bertentangan.
“Kebanyakan hubungan saya sebelum ini kedua-duanya dominan. Apabila batu bertemu batu, maka hubungan jadi tegang. Lain dengan Awal kerana bersamanya, kami ibarat ‘yin dan yang’ di mana kami saling melengkapi. Dia hadir tepat pada masanya. Tatkala saya bersedih, dia umpama air yang menyejukkan hati saya. Sebenarnya, saya tahu dia cuba mendekati saya sejak kami bertemu di pertandingan Dewi Remaja tetapi saya buat-buat tak faham. Selepas beberapa percubaan, kami mula rapat apabila sama-sama menghadiri Festival Filem Malaysia 2009 yang berlangsung di Sabah.
“Dia ada segala-galanya yang saya mahu. Bersamanya, saya boleh jadi diri sendiri malah rasa sangat selamat. Dia sangat percayakan saya dan tiada istilah cemburu. Dia tidak pernah kawal saya mahu bekerja dengan siapa pun namun sebagai kekasih, saya sendiri yang letakkan limitasi.
“Bagi saya, takdir kami sangat manis. Meskipun ambil masa yang lama untuk saling mencintai, saya bahagia. Dialah artis pertama yang saya kenal malah dia setia mengikuti perjalanan karier saya dari mula hingga kini,” kata Scha.
Kata Scha atau nama sebenar, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, kehadiran Awal juga banyak mengubah gaya hidupnya. Jika sebelum ini dia selesa melakukan semua perkara tanpa kehadiran lelaki di sisi, namun sejak adanya Awal, segala urusan seharian akan dilakukan bersama-sama.
Ini kerana Awal mahu bertemunya setiap hari kecuali salah seorang daripada mereka berada di luar Kuala Lumpur. Bahkan jejaka berjiwa sensitif itu sentiasa mahu Scha menemaninya dalam kebanyakan urusan hidup termasuklah membayar bil.
“Mula-mula kekok juga tetapi lepas dia tegur buat apa kawan kalau tak mahu temankan dia, saya faham dan mula mengikut caranya. Dari situ saya tahu dia sangat sayangkan saya dan mahu saya selalu ada di sisi,” kata Scha seraya menjeling manja bakal suami tercinta.
Pasangan ini akan diijabkabulkan di Hotel Pullman, Putrajaya pada tanggal 4 Mei depan manakala resepsi pula berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei. Putih gading akan menjadi tema hari mereka disatukan sebagai suami isteri dan untuk resepsi akan diserikan dengan warna pastel, bunga serta riben.
Sumber: buzzera.net
0 comments:
Post a Comment