Polis siasat penyebaran foto b*g*l dipercayai pelancong asing yang dikatakan dirakam di Pulau Sibuan, dekat sini, baru-baru ini, sehingga menjadi viral di laman sosial.
Menerusi beberapa foto yang tersebar, ia membabitkan lelaki dan wanita.
Rakaman foto menunjukkan sekumpulan lelaki berb*g*l manakala wanita beraksi dalam keadaan separuh b*g*l.
Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Peter Umbuas berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penyebaran gambar itu beberapa hari lalu dan masih menyiasat sama ada foto berkenaan dirakam di Semporna atau sebaliknya.
"Polis akan meminta kerjasama Taman-Taman Sabah (TTS) dan pengusaha pelancongan bagi mengesan identiti semua mereka yang terbabit.
"Kita sedang menyiasat kesahihan foto ini kerana ada juga dakwaan ia dirakam di luar negara, namun dimuat naik di Facebook kononnya berlaku di Sabah," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Pada 30 Mei lalu, 10 pelancong Eropah termasuk empat wanita dilihat berb*g*l di South Peak, Gunung Kinabalu dan aksi mereka dirakam sebelum disebarkan dalam laman sosial.
Empat daripadanya dihadapkan ke mahkamah dan diusir keluar dari Sabah selepas membayar denda RM5,000 kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.
Sumber
Fakta Yang Sungguh Mengejutkan Mengenai Negeri Sabah
Sabah merupakan salah sebuah negeri diantara empat belas buah negeri di Malaysia. Negeri Sabah kaya dengan hasil bumi flora dan fauna dan juga kaumnya yang pelbagai.Fakta Yang Sungguh Mengejutkan Mengenai Negeri Sabah
1. Sabah pengeluar utama minyak dan gas di Malaysia
2. Sabah pengeluar utama sawit di Malaysia
3. Sabah pengeluar utama getah di Malaysia
4. Sabah pengeluar utama koko di Malaysia
5. Sabah adalah antara tarikan utama pelancong ke Malaysia.
6. Sabah adalah penyumbang hasil cukai kedua terbanyak di Malaysia
Sabah dikatakan pelik kerana untuk semua kekayaan di atas, 40% org miskin di Malaysia adalah dari Sabah. Bukan setakat itu, malah Sabah memiliki kemudahan infrastruktur paling teruk di Negara ini – Malaysia.
Sumber: gilerkentang.com
0 comments:
Post a Comment