Saturday, 24 October 2015

Filled Under:

MASYA ALLAH !! Kisah Ustaz Di Kedai Yang Pakai Pelaris ?? " Buang botol & perempuan itu sekali !!! "




Kisah Ustaz Di Kedai Mamak Yang Pakai Pelaris , “Buang B0t0l Dan Perempuan Itu Sekali”
Usah pelik dan usah tidak percaya , semua ini sememangnya ada berlaku . Bukan sahaja di kedai mamak , kedai mana-mana pun ada juga cuma caranya berbeza . Ambil ikhtibar atas kejadian ini , dan peringatan juga kepada pemilik kedai makan agar tidak melakukan perbuatan ini . Yakinlah pada rezeki yang Allah telah tetapkan untuk kita .

Keluar ke tempat lain pulalah. Tetapi ke mana? Kedai mamak di sini, memang bersepah tapi ke mana hala yang paling dekat dan cepat? Bukan nak makan sangat pun, cuma nak minum saja. Dapat teh tarik halia ‘kaw’ pun dah sedap.

Tiba-tiba teringat pada satu kedai yang pernah dicadangkan 0leh se0rang kawan bertahun-tahun yang lalu. Baik, b0leh cuba di situ. Lebih kurang 10 minit saja pun kalau memandu.
Sampai di kedai, jam menunjukkan 12.30 tengah malam. Punyalah ramai manusia. Hampir kesemua tempat penuh.

“Hmmm? Dia 0rang ni tak reti nak tidur ke? Es0k tak kerja k0t?”

Duduk dan 0rder. ‘Mak aiii!’ Minah yang ambil 0rder ini, mukanya, manis lagi cuka. C0melnya b0leh tahanlah juga. Bak kata 0rang, sebagai penyeri kedai. Tetapi kalau muka dah kelat dan ketat, pergi mana pun takkan berseri.

Sementara menunggu minuman yang dipesan sampai, mata mula meliar sekeliling memerhatikan kedai. Entah kenapa tiba-tiba terlihat satu b0t0l kecil diselitkan di siling penjuru pintu masuk kedai. Hati dah mula resah, mula menggaru kepala yang tidak gatal.

Kepala did0ngakkan lagi. Di penjuru satu lagi, terlihat lembaga perempuan berjubah hitam, tengah bertenggek di atas alang. Matanya tajam memerhatikan setiap pelanggan yang datang. Rambutnya mengerbang seperti yang kita selalu lihat dalam kaca tv.

Wajahnya, harimau teng0k pun b0leh pengsan. Terk0pek sana sini, badannya dihayun-hayun bagai meratip. Apa yang diratipkan pun tak jelas. Sesekali apabila pelanggan baru masuk, tangannya akan dijuntaikan menyentuh kepada pelanggan.
“Ini tehnya. Makan? Tak mahu?,” tanya se0rang pelayan kedai itu sambil menghentak cawan yang berisi air teh.

Kepala digelengkan. Baru kerja sebagai pelayan dah berlagak. Sudahlah duit pelanggan itu yang digunakan untuk membayar gajinya, tetapi melayan 0rang macam pengemis meminta sedekah.
Petua 0rang tua, apabila makan di luar, lagakan lidah ke lelangit. Kalau geli, barulah b0leh diminum. Raba juga bawah bekas minuman atau makanan. Jika minuman itu panas dan bawahnya sejuk atau sebaliknya, bermaksud ada ‘sesuatu’ yang diletakkan. Setelah itu, bacalah selawat dan d0a makan.
Ketika tangan dihulur ke arah mug, entah bagaimana kedengaran bunyi cawan yang merekah. Tidak sampai 10 saat, tiba-tiba cawan terbelah dan air teh melimpah. Sedikit lagi air panas itu terkena pada seluar. Kepala diangkat dan mata tepat merenung ke arah lembaga itu tadi.

Lembaga itu berayun sekali lagi seperti m0nyet di dalam kandang. Mamak di kaunter cepat-cepat berlari dan tanya apa yang berlaku. Kepala digeleng sambil membayar duit teh tadi. Tetapi bayaran dit0lak dengan alasan air tidak diminum dan mahu digantikan dengan minuman yang lain.
“Hmm, tak perlulah ganti. Biarlah,”

Tetapi sebelum keluar, sempat berpesan kepada mamak itu.
“T0l0ng buang b0t0l yang kat atas tu dan perempuan tu sekali,” sambil jari menunjuk ke arah siling.
Mamak itu se0lah-0lah terkejut bila ada 0rang tahu akan muslihat pelarisnya.
Sebaik saja keluar dari kedai itu, terasa ada benda yang mengek0ri. T0leh ke kiri, kelihatan perempuan berjubah hitam itu tadi sedang mengek0ri. Nampaknya, tak dapat nak balik ke rumah terus. Mahu tak mahu, kaki terpaksa melangkah ke arah sebuah lagi kedai mamak.

Teh tarik halia dipesan dan ditambah dengan air mineral dan limau nipis. Badan menghadap ke belakang kedai, limau diperah ke dalam air mineral. Beberapa surah dibacakan beserta d0a untuk keselamatan. Setelah menghabiskan air teh halia, kaki pelahan menuju ke arah kereta.
Bulu r0ma kembali tegak. Rupanya benda itu masih lagi mengek0ri.

Pelahan-lahan b0t0l mineral dibuka dan air dimasukkan ke dalam mulut. Walaupun tidak kelihatan, namun deria keenam terasa bagaikan ada tangan yang ingin mencapai tengkuk. Semakin lama, semakin rapat.
Badan dikalih ke kiri dan serentak air dihembur keluar ke arah makhluk itu. Mungkin kerana terkejut, lembaga itu terus mel0mpat ke arah lampu jalan raya dan terus bertenggek. Campuran air mineral dan limau disimpan. Beberapa pelanggan yang menyaksikan kejadian itu memandang pelik.
“Buat tak tahu je lah”

Bukan ini lembaga yang mengek0ri, tetapi hampir sama tanpa sabit panjang. 
Langkah dipercepatkan ke arah kereta dan dengan pantas menghidupkan engin. Mata terus memandang lampu jalan. Ya, lembagai perempuan itu masih di situ. Bagai menunggu arahan tuannya.

Sepanjang perjalanan ke rumah, hati bertanya, apakah teruk sangat perniagaannya sehingga memerlukan bantuan daripada ‘luar’? Jika dilihat, pelanggannya memang ramai. Beberapa bulan dahulu pernah makan di sini dan ternyata juadahnya memang enak!
Apakah ketamakkan telah mengabui matanya?
Wallahua’alam....


Sumber: petuatradisikita



HANTU PELARIS KEDAI MAKAN


Ilustrasi hantu peludahHantu Peludah adalah hantu yang di digunakan oleh segelintir peniaga sebagai kemudahanpelaris di kedai makanan. Dikatakan hantu peludah ini akan meludah makanan terlebih dahulu sebelum di sajikan kepada pelanggan, makanan yang di ludahi akan menjadi terasa nikmat danpelanggan akan ketagihan untuk datang ke gerai atau restoran tersebut.

Hawa yang terbawa oleh lidah tersebut ternyata juga mampu menambah rasa makanan yang di sajikan itu, Bahkan kadang-kadang jika di rasa kurang maka tindakan meludah itu dilakukansampai dua kali atau tiga kali secara berturut-turut, Namun kadang tidak semua pemilik Kedaitahu apa-apa tindakan yang sebetulnya dilakukan oleh hantu teman simpanan dalam rangkamembuat laris retorannya, yang mereka tau hanya bahawa mereka memagari warung tersebutdengan tenaga penglarisan yang diperolehnya entah dari sumbernya ataupun hasil dari diamelakukan kegiatan ritual tertentu di tempat-tempat yang di anggap keramat.

Kesan dari tindakan hantu ini di samping membuat masakan berasa sedap yang di sajikan jugamembuat tenaga negatif akan masuk ke tubuh orang yang memakan masakan tersebut, di situasi yang lain terkadang jika orang yang memakan masakan yang di ludahi itu kebetulanadalah orang baik-baik perilaku dan muatan spiritualnya , maka setelah memakan makanan yang di ludahi, beberapa waktu kemudian dia akan merasa mual dan mungkin juga muntah-muntah. Perkara ini terjadi kerana hawa yang masuk dari makanan tersebut berlawan dengan tenaga posistif yang dimiliki oleh orang itu kerana perbuatan dan amalan baiknya. Jika hal ituterjadi maka automatik, tenaga negatif yang masuk tadi akan keluar. Tidak mustahil hari berbagai cara dilakukan orang untuk melaris peniagaan mereka. Sumber asal : kotakhitamdunia.blogspot.com diolah semula by akuanakpahang.

Apapun tindakan sedemikian amat bertentangan dengan ajaran agama islam kita. Sesungguhnya setiap perbuatan yang buruk itu akan mendapat balasanya kelak. Moralnya utk anda yang percaya atau pun tidak, sebaiknya atau sekurang-kurangnya bacalah Bismillah serta doa tertentu atau mengamalkan drp ayat yang tertentu.Sebelum memakan makanan dimana-mana jua terutama ditempat-tempat sedemikian, kebaikannya supaya kita tidak menjadi mangsa memakan makanan yang kotor kerana di bimbangi telah dikotorkan oleh syaitan ditempat yang sedemikan.

Tidak dinafikan dunia hari ini bagi sesetengah orang, ramai yang sudah tidak percaya langsung cerita tentang hantu, syaitan dan karut marut ini. Terserahlah pada diri sendiri.


Wassalam, Wa'allahhualam.


Sumber: akuanakpahang

CARA MUDAH MENGESAN KEDAI YANG GUNA PELARIS


+“Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat” -( Al-Hijr: 42).

“Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya” -( An-Nahl : 99).

“Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW ” -( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285).

Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud. Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh.

Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan, bahkan ada juga dari kalangan artis dan ahli politik yang mendapatkan khidmat tukang-tukang sihir ini.

Ada juga yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini.

Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan penggunaan pelaris kedai. Di sangkakan dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid ,surau-surau dan forom-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih rancak di negara kita malaysia.

Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini hanypopular di Indonesia sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke Malaysia. Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan. Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu benar2 mengamalkan pelaris atau tidak.

Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam.

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai.

Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (mcm ustaz Ismail Kamus ajar).

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :

“Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu”.

( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ).

Wallahuaklam.

Sumber



Sumber asal: hantudunia




5 comments:

  1. Slm..berkenaan pelaris mknn ni.bleh x ad sesiapa komen.sy bkerja di sebuah restoran.
    Pada 1 hari da blek kje,henfon kwn sy ttinggal.sy pn patah balik.kunci kedai mmg ad pada sy 1.
    alangkah terkejutnye sy bila nk ttup kedai ad taburan kunyit hidup,bwg merah dan kelapa parut atau pn
    beras sy xpasti.ad pd bahagian depan kedai tp blah dlm.sy xtau ap mksdnye.
    sbb tukang masak org indon.sy pn rse xsedap hati.smpai skrg msih xtau utk ap.
    nk tnye tkut plak .sesiapa ad yg tau x .mohon sgt pencerahan.
    Klau yg buruk,sy xnk bersubahat..wslm.

    ReplyDelete
  2. Hehehe...lawak betol laaaa...
    Sesat lagi menyesatkan. Karangan cerita rekaan yg teruk.

    ReplyDelete
  3. Hehehe...lawak betol laaaa...
    Sesat lagi menyesatkan. Karangan cerita rekaan yg teruk.

    ReplyDelete
  4. Ini kisah dari buku Mata Tak Berhijab..Ustaz apa ke mendanya...

    ReplyDelete