Tuesday 20 October 2015

Filled Under:

GEMPAR !! INILAH PUNCA UTAMA PERSONALITI TERKENAL TV3 TINGGALKAN MEDIA PRIMA !!! SIAPA SANGKA YANG ......



#Pemberhentian melalui MSS itu melibatkan sekitar 600 pekerja meliputi Media Prima (TV3, TV9, NTV7, TV8) termasuk juga, akhbar News Straits Times (NST).

#Media Prima memiliki hampir keseluruhan ekuiti dalam NST yang menerbitkan akhbar bahasa Inggeris itu selain daripada Berita Harian dan Harian Metro....

#Syarikat itu juga memiliki stesen radio Fly FM, Hot FM dan One FM. Tawaran MSS dibuat selepas Media Prima dikatakan terkesan dengan pendapatan yang merudum, akhir-akhir ini.....

#Kesemua mereka ditawarkan pakej pemisahan sukarela dengan pampasan berasaskan jumlah tahun bekerja dan gaji bulanan mereka.

#Media Prima mengakui berharap MSS itu akan mengatasi masalah kelebihan tenaga kerja di empat stesen televisyen itu. Media Prima Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai RM56.84 juta dalam suku ketiga tahun kewangan 2014 yang berakhir September lalu.

#Jumlah itu jauh lebih kecil daripada RM85.49 juta yang dicatat dalam tempoh sama tahun lalu.


Sumber asal: duapuluhsen20




TV3


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

TV3 ataupun Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) merupakan saluran televisyen swasta pertama di Malaysia di bawah naungan konglomerat Media Prima.


Sejarah

TV3 dilancarkan pada 1983 dengan tema Berita Terkini Hiburan Sensasi (First in News Best in Entertainment).

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) atau TV3 telah diperbadankan pada 1983 sebagai televisyen perdagangan pertama di Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Media Prima. TV3 memulakan penyiarannya di Lembah Klang, (sekitar Kuala Lumpur, bandar raya terbesar di Malaysia) pada 1 Jun 1984.

Tidak lama kemudian liputannya meningkat ke seluruh negara, dan pada hari ini ia boleh diterima di negara jiran, sama ada sebagai satu saluran daratan atau melalui satelit. Di Singapura, saluran ini menimbulkan kontroversi kerana menyiarkan rancangan-rancangan dalam bahasa Kantonis, antara dialek-dialek Cina yang diharamkan pihak berkuasa media Singapura sebagai langkah memupuk penggunaan bahasa Mandarin di kalangan rakyatnya. Kerajaan Singapura mencegah akhbar tempatan dan majalah-majalah daripada membawa susunan rancangan untuk saluran ini, walaupun ada bagi saluran televisyen Malaysia yang lain.

Pada Julai 1984, TV3 membuat liputan langsung Sukan Olimpik Los Angeles, Amerika Syarikat saluran pertama dalam negara. Lonjakan dalam populariti mendorong kepada penyenaraiannya di Papan Utama dari Bursa Saham Kuala Lumpur dalam April 1988.

TV3 juga merupakan stesen perdagangan pertama di Ghana dengan menubuhkan TV3 Network Ltd.


Ciri-ciri

Semenjak pelancarannya, TV3 telah mendahului stesen televisyen lain di Malaysia dan telah dua kali menjangkau 41% bahagian penonton (12 Januari - 18, 2003 dan 29 Jun - 5 Julai, 2003), peratusan penonton tertinggi pernah dicapai oleh sebuah stesen televisyen Malaysia. Dari segi pendapatan pengiklanan, syarikat mengekalkan kedudukan kepimpinannya dan berterusan menghasilkan pertumbuhan hasil yang kukuh daripada iklan-iklan. TV3 terus meningkatkan perkakasnya untuk pengeluaran dan transmisi, dan kakitangannya menerima latihan dan pendedahan berterusan dalam penerbitan televisyen. Ini membolehkan TV3 untuk kekal sebagai penyiar komersial persendirian yang terkemuka.

Dengan pemulihan ekonomi Malaysia, telah terdapat satu permintaan yang seiring untuk program tempatan, termasuk berita, hal ehwal semasa, majalah-majalah, perbincangan, sukan, dokumentari, drama atau filem. Dengan satu asas yang kukuh pengeluar televisyen telah merevolusikan pengeluaran kandungan tempatan untuk tahap mengkagumkan dalam industri siaran.

Stesen TV3 telah menjadi perintis fesyen dengan menghasilkan pengeluaran rancangan tempatan berkualiti dan telah manarik perhatian dan kesetiaan penonton Malaysia. Percaya bahawa kandungan tempatan adalah caranya, TV3 terus melabur dalam pekerja dan peralatan bagi menghasilkan kandungan tempatan yang berkualiti. Bagaimanapun, stesen juga menyiarkan satu rancangan asing yang berkualiti. Penguasaan penonton Cina adalah kurang berbanding penonton Melayu kerana penonton Cina lebih banyak menonton saluran RTM2,8TV,TV7(Dahulu di kenali sebagai ntv7) dan Astro Hua Hee Tai (Saluran Berbahasa Hokkien).

TV3 kini bersiaran dalam UHF(Frekuensi Ultra Tinggi), tetapi ia juga boleh didapati di Lembah Kelang dalam VHF (Frekuensi Lebih Tinggi) gelombang ke-III Saluran 12. Di Lembah Kelang, saluran UHFnya ialah 29.

TV3 juga boleh didapati di Astro UniFi dan ABNxcess saluran 103. TV3 Akan Bersiaran Operasi Selama 24 jam .


Cogan kata

TV3 Sistem Televisyen Malaysia Berhad (1984)TV3 Untuk Anda (1984-1990, 1984-1986)Rangkaian Sukaramai (1986-1994)Rangkaian Anda (1994-1996)Berita Terkini Hiburan Sensasi (1991-2000)Duniamu (2000-2006)Pilihan Hatiku (2006-2007)Di Sisimu (2007-2008)Inspirasi Hidupku (2008-kini)3 Dekad bersama di TV3 (2014)Keriangan Sentiasa Bersamamu di TV3 (2014-sekarang)


Kontroversi

Iklan Raya 2010TV3 menayangkan satu Iklan Raya 2010 pada 9 September 2010 iaitu hari khamis dan Iklan raya 2010 tersebut mengandungi unsur-unsur barat dan freemason dan TV3 telah menarik balik Iklan raya 2010 tersebut, dan ramai menyatakan iklan raya 2010 tersebut mengandungi unsur-unsur santa clause yang melambangkan agama kristian dan bunga teratai yang melambangkan agama buddha.


Sumber: Wikipedia




0 comments:

Post a Comment