Tuesday, 27 October 2015

[MESTI BACA] AWAS !! 3 Tanda Kiamat Besar yang TELAH BERLAKU !!! – ULAMA’ MESIR




Kiamat kubra makin dekat. Demikian kesimpulan Syaikh Dr Ali Gomaasetelah melihat tiga tanda kiamat kubra. Dalam sebuah peristiwatelevisyen baru-baru ini, bekas Mufti Mesir itu menyatakan bahawa tigatanda bermulanya kiamat kubra sudah kelihatan dan berlaku.

*Tanda pertama* yang disebut Ali Gomaa seperti dipetik media ArabAlbadee.net via bersamadakwah.net adalah kekeringan yang melanda daerahNakhl Baisan di Syam yang apabila ini diduduki oleh Israel.

*Tanda kedua* menurut Ali Gomaa adalah surutnya Tasik Tiberias. Tasikyang menjadi sumber utama air bersih bagi Israel itu mula mengering pada2012 lalu. Kerajaan Israel berasa bimbang kerana tasik Tiberiasdiramalkan hanya akan bertahan sepuluh tahun.
Ali GomaaPada 2022, tasik itu diramal akan benar-benar kering dan tidak bolehdiambil airnya. Oleh itu sekarang Israel mencari sumber air di wilayahLubnan.

*Tanda ketiga *menurut Ali Gomaa adalah surutnya mata air Zaghar. Mataair Zaghar terletak di sebuah kampung di dekat Laut Mati di Jordan.Seperti tasik Tiberias, mata air Zaghar juga sudah mulai surut.
Walaupun disebut makin dekat, tidak ada satu pun ulama yang berani memastikan bila kiamat kubra akan datang. Termasuk Ali Gomaa sendiri.
Bahkan, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak dapat memastikan bila terjadinya kiamat kubra. Ketika Malaikat Jibril datang bertanya kepada beliau, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab “yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya "


Nota kaki : Kami mohon maaf atas sekiranya terdapat kesilapan dalam info disebarkan ...


Sumber


Sumber asal: awakkatmaneee


Tanda-tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna!

Harus diingat, kita sudah pun ’embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.
Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.
1) Penaklukan BaitulmuqaddisDari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”– Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjangDiriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
10) Bulan sabit kelihatan besar“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”– Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim
14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai
15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.(H.R Muslimi)
Keterangan:Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.Gempa bumi di Timur.Gempa bumi di Barat.Gempa bumi di Semenanjung Arab.Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
Sumber: Islamic Eschatology

Sumber asal: islamituindah.my


BERGETAR RUSUK !! 6 Foto Terbaru Vieshantie, bekas isteri Eizlan Yusof yang Tampil MENGANCAM dengan IMEJ BERUTUDUNG !!!


Subhanallah... nampaknya penampilan terkini Vie Shantie, bekasisteri Eizlan Yusof semakin cantik dan menawan sehingga membuatkan ramai netizen di laman sosial terkejut dan terkagum.

Kebanyakkan komen dari netizen berbaur pujian melambung dan tidak menyangka kecantikan Datin Vie Shantie bagaikan bidadari yang turun dari kayangan.

Kami memang bersetuju dengan komen-komen mereka. Korang pulak macam mana? Nah... Jom tengok 6 foto terbaru wajah paling terkini Vie Shantie yang amat mengancam bertudung.




Sumber: plbgaimacam




Eizlan YusofDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato'
Eizlan Yusof
Kelahiran14 Julai 1971 (44 tahun)
Malaysia Kuala LumpurMalaysia
PekerjaanPelakon, Pengarah, Penulis Skrip, Penyanyi & Penerbit
Tahun aktif1994–kini
PasanganDatin Vie Santie Harun (2007 - 2014 cerai)
AnakVie Zaara
Zareef Yusof
Vie Zaalia
DatoEizlan Yusof[1] (lahir 14 Julai 1971) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Eizlan mula berkecimpung di dalam dunia perfileman pada tahun 1994 melalui filem Kad Cinta. Semenjak itu beliau telah terlibat dalam pelbagai filem, melakonkan pelbagai watak.Pada tahun 1998, Eizlan telah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 1998 TV3 melalui persembahannya di dalam Panas. Pada tahun berikutnya, 1999, Eizlan telah di nobatkan sebagai Pelakon Lelaki Harapan melalui persembahan lakonannya di dalam filem Perempuan Melayu Terakhir di anugerah Festival Filem Malaysia ke-14. Walaupun telah dikenali sebagai pelakon serba boleh dan berkaliber, Eizlan tidak segan memainkan watak kecil di dalam mana-mana filem.[perlu rujukan]Dato Eizlan Yusof pernah mendirikan rumah tangga bersama Datin Vie Santie Harun pada 7 Julai 2007 sebelum bercerai talak satu pada 28 September 2014. Hak penjagaan tiga anak mereka diberikan kepada Vie Santie Harun selaku ibu manakala Eizlan mendapat kebenaran untuk bermalam dengan anak-anaknya pada masa yang dipersetujui bersama.[2]Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan V Zaalia.Isi kandungan Filem[sunting | sunting sumber]
  • Amelia (1995) - Pelakon Pembantu
  • Cahaya Cinta (Tidak Ditayangkan) (1995) - Pelakon Utama
  • Bintang Tiga (Tidak Ditayangkan) (1995) - Pelakon Utama
  • Panas (1997) - Pelakon Utama
  • Aku No.1 (2004) - Artis Jemputan
  • Cinta (2006) - Pelakon Utama
  • Sepi (2008) - Artis Jemputan
  • Damping Malam (2010) - Pelakon Utama
  • 8 Jam (2012) - Pelakon Pembantu
  • Tembus (2014) - Pelakon Pembantu
Anugerah[sunting | sunting sumber]
  • The Most Handsome Artiste 1996 - Voted by readers of Media Hiburan magazine.
  • The Best Magazine Cover 1996 - Voted by readers of Media Hiburan magazine.
  • The Most Handsome Artiste 1998 - Voted by readers of Media Hiburan magazine.
  • The Most Handsome Artiste 1999 - Voted by readers of Media Hiburan magazine.
  • CLEO’s Most Talked-About Man In Town 2000 - Voted by readers of CLEO magazine.
  • Malaysia’s 50 Most Gorgeous People 2000 - Voted by FEMALE magazine.
Pencalonan Akhir ;
  • The Most Handsome Artiste 1997 - Voted by readers of Media Hiburan magazine.
  • The Most Handsome Artiste 2000 - Voted by readers of Media Hiburan magazine.
  • The Most Handsome Artiste 2001 - Voted by readers of Media Hiburan magazine.
Mewakili Malaysia ;
  • 37th Asia Pasific International Film Festival di Taipei (Taiwan) pada tahun 1998.
  • The ‘Focus On Asia’ – Fukuoka International Film Festival (Jepun) pada tahun 1999.
  • 7th Pyongyang Film Festival Of Non-Aligned & Other Developing Countries di Korea Utara, 2000.
Anugerah Kebesaran Negara/Negeri ;
  • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), 2011.


Sumber: Wikipedia


Monday, 26 October 2015

SERAM !! Penampakan 'Jin Islam' Muncul Dalam Gambar Ketika Mengerjakan Umrah ?!!


[PELIK] Lelaki Misteri Muncul Dalam Gambar | [GAMBAR EKSKLUSIF] Ketika Mengerjakan Umrah | MISTERI. Nampak lelaki berjubah hitam dan berselendang putih di belakang tu?? Gambar ni admin jumpa masa godek2 pakcik google tadi…




Ermm..sebenarnya gambar ni dah lama….mungkin anda dah pernah tengok… Gambar ini bertarikh 6-4-2010…
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Ini petikan dari sumber gambar ni…


“Photo ini diberi oleh seorang rakan saya. Photo ini diambil semasa ahli keluarga mereka mengerjakan umrah. Katanya semasa photo tersebut diambil, tiada imej lelaki berjubah hitam dan berselendang putih tersebut.


Tetapi bila pulang ke Malaysia barulah mereka perasan akan adanya imej lelaki tu. Kesian kedua-dua wanita dalam photo ni, ketakutan sampai demam-demam.“

Persoalannya, siapa lelaki berjubah hitam tu?? dari mana dia muncul? Sekali pandang, memang gerun…namun hakikatnya ia tetap tetamu Allah….dia tetap hamba Allah…

Ada yang kata mungkin Jin Islam…sama2 nak beribadah di sana… X pasti. Anda rasa? edit ke? Ia kekal misteri sehingga sekarang… Selayaknya, kita hanya wajib takut pada Allah…. Wallahuaalam….


Sumber


Sumber asal: queachmad.com


10 Fakta yang Anda Perlu Tahu Tentang Jin
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannyaAzazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramalpuluh ribu tahun lamanya .
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tundukmenghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.melaknat dan perintah turun ke bumi.
Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu JinIslam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orangMelayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin palingsuka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayuini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliaumenambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,adik-beradik jin lah tuu.
5) Temp at tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan,lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dankubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air diperjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " SalaMun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."
Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan NabiSulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membacaucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masabila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bilapula, kita jadi cucu cicit jin !!!!
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebabjika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-niliknasib, pembohong.... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,memerintahkan jin untuk membina istananya, sehinggaNabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengantongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja dihadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dantongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaimanpun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa NabiSulaiman telah mangkat.
8) Manusia juga dilarang membuang air dilombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktutengah malam.. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumahyang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal disitu. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membacasurah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayusuka sangat menepung tawar !!!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orangyang di rasuk.

Sumber: gerbanginfoanda

41 tanda dalam badan anda ada jin
Ada ramai juga di kalangan kawan yang tak ambil peduli pasal jin. Kawan-kawan jenis itu biasanya memandang remeh jika ada orang yang mendakwa mereka terkena gangguan jin atau buatan sihir manusia. Mereka rasa orang yang seperti itu adalah lekeh kerana tidak kuat iman.

Itu kata kawan-kawan yang ‘kebal jin’. Setiap kali berbincang tentang buatan orang atau rasukan jin, mereka hanya ketawa sinis dan memandang rendah pada golongan yang hidup asyik salahkan jin.

Bagi mereka yang berpengalaman terkena rasukan jin atau buatan sihir orang sudah tentu akan marah dengan sikap seperti itu. Tak kena tak apalah, nanti bila kena baru tahu!. Namun begitu, yang peliknya mereka ini tidak pernah kena lansung hal-hal seperti itu.

Jika kawasan yang orang kata ‘keras’, mereka hanya selamba buat apa-apa saja tanpa rasa takut dan tidak mendatangkan kesan sedikit pun pada kehidupan dan juga kesihatan mereka. Memang mereka punya genetik tertentu yang sukar untuk jin masuk ke dalam darah.Persamaan jin dengan orang gila

Saya pernah berbincang dengan mereka bahawa terkena rasukan atau gangguan jin bukan bermakna tidak kuat pegangan iman. Ia seumpama terkena pukulan kayu yang kuat dari belakang yang dilakukan oleh orang gila. Nak marah, orang yang memukul itu gila, dan dia buat apa yang dia suka.

Untuk megelak perkara sedemikian berlaku, maka kita berhati-hati apabila melihat adanya orang gila. Ini di sebabkan samada gila atau tidak gila, hentakan kayu yang dibuat mereka mengenai badan kita tetap sakit dan membuatkan kita merana.

Begitulah juga dengan jin. Nas-nas sahih ada tentang kewujudan mereka. Menolak wujudnya Jin sama dengan menolak kewujudan orang gila. Jika kita berhati-hati dengan orang gila, maka kita juga perlu berhati-hati dengan jin. Itu bukan bermakna iman tak kuat. Ia tidak ada kena mengena dengan tahap kepercayaan, ia sekadar usaha menjauhkan diri dari bahaya.

Simptom kena jin

Baguslah jika anda termasuk dalam golongan yang kebal jin. Tapi bagi mereka yang tidak kebal jin sila baca satu persatu simptom yang disenaraikan di bawah. Jika anda sering mengalami masalah-masalh yang tersebut, ada kemungkinan jin menumpang duduk di dalam badan anda.

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.2) Badan terasa berat dan malas.3) Sukar mendapat jodoh.4) Badan terasa bisa-bisa.5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.6) Sukar tidur malam.7) Sakit pinggang tanpa sebab.8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.11) Bermimpi di tempat tinggi.12) Bermimpi di tempat yang kotor.13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.15) Bayi kerap menangis.16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.19) Malas beribadat.20) Nyanyuk ketika usia lanjut.21) Panas baran.22) Sikap berubah secara mendadak.23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.24) Suka melakukan tabiat buruk.25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.26) Kerap keguguran.27) Gagal melakukan hubungan kelamin.28) Mengantuk bila dengar al-quran.29) Bermimpi seram yang menakutkan.30) Darah haid turun lebih 15 hari.31) Batuk yang berpanjangan.32) Selalu ditindih ketika tidur.33) Kuat berangan.34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.35) Nafsu seksual yang melampau.36) Selalu melihat kelibat dirumah.37) Terasa diri selalu diperhatikan.38) Mandul.39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.40) Melihat jin secara terus.41) Sakit mental atau gila.

*Sumber dari jalanakhirat.wordpress.com

Sumber: detikislam

JIN ISLAM...PENDAMPING BAIK...?
Apabila jin itu mendampingi sesorang manusia maka
kita akan mengatakan ia Jin Islam apabila ia mem-punyai antara ciri-ciri di bawah...
...iaitu...
1.Jin itu memperkenalkan dirinya dengan nama-nama
Islam...terutamanya nama-nama dalam Bahasa arab...
2.jin itu mengaku beragama Islam...malah tak kur-ang yang mengaku sebagai bunian...Syeikh-Syeikh...wali-wali...dan sebagainya...
3.wajah biasanya cerah...tenang...bercahaya...tenang...nampak seperti orang-orang baik atau orang-orang
soleh...dan sebagainya...
4.Jin itu berpakaian seperti orang-orang baik dan soleh...mungkin serba putih...serba hijau...berketayap...berserban jubah dan sebagainya...
5.Jin itu suka berzikir..atau sentiasa membawa tasbih...
6.Jin itu suka bercakap atau mahir mengenai hal-hal agama.
7.Jin itu suka menasihati...dengan nasihat-nasihat yang
baik..atau ' macam baik '...
8.Jin itu melarang perkara-perkara mungkar...
9.Jin itu menolong manusia walau apa pun cara yang iaperlihatkan...seperti merawat...memberi panduan..mencari
orang hilang dan sebagainya...
10.Jin itu solat ' macam ' lima waktu...
11.Jin itu pandai atau suka...atau mahir...membaca Ayat-ayat Qur'an...
12.Jin itu hafal ayat-Ayat Qur'an atau hadis...atau kata-kata hikmah...
13.Jin itu suka memuji orang-orang baik...
14.Jin itu hanya makan makanan halal...
15.Jin itu kelihatan sangat terpelajar...atau tinggi ilmuterutama ilmu agama...
16.Jin itu tahan dibacakan ayat Kursi...dan boleh membacaayat Kursi...dan kadang-kadang menggalakkan orang membaca
ayat Kursi...
..dan sebagainya...
Sebenarnya...kalau setakat antara tanda-tanda di atas...atau malah kesemua tanda-tanda di atas...jin kafir juga bolehbuat...apalagi jin saka ilmu...Jin Munafik...Jin Murtad...jin
Ifrit...dan sebagainya...
Yang penting...ia ada ilmu...dan bakat atau pakar berlakon...dan tak kurang...biasanya...jin itu kenal siapa anda..apa kel-ebihan dan kelemahan anda...apa kepercayaan dan keyakinan anda...dan mungkin ia tahu sejarah hidup anda...keluarga anda...keturu-nan anda dan sebagainya...terutamanya kalau ia adalah jin sakakeluarga atau keturunan anda sendiri...
Ini semua penting...kerana jin itu akan mempergunakan segalapeluang dan laluan yang akan membuat anda ' tergamam' tak
dapat menolak...yakin dengannya...malah ' termakan ' akan seg-ala taktiknya...termasuklah taktik secara Psikologi...
Maka untuk mendapat kepastian lanjut tentang agamanya...anda
rujuk pada jabatan Agama Islam...?
Biar apa pun alasan anda untuk mengatakan ia adalah Jin Islamanda ada peluang sepenuhnya untuk menjadi mangsa penipuannya.
...dan yang pasti...pada hakikatnya...anda sedang berhadapan
dengan suatu makhluk ghoib yang sama sekali tak anda kenali...malah biasanya apa pun bentuk penampilannya...terutama bilajin itu mengaku Islam...maka adalah sekadar penyerupaan se-mata-mata...dan tak ada kena mengena dengan rupanya yang
sebenar...
JIN ISLAM MASJID NEGERI...
Apabila seorang rakan mengetahui kehadiran Jin Islam di
Masjid Negeri...ia pernah memanggil jin itu ketika ia cuba
menegeluarkan jin daripada badan seseorang...tapi ternyata
Jin itu tak datang...malah tak ada sebarang tindakbalas
( tak di pedulikan ).
Pada suatu masa lain...apabila berjumpa dengan jin tersebutrakan itu bertanya tentangnya...
...dan jawab Jin masjid Negeri itu...seandainya pesakit itu
akan mati sekalipun...ia tak akan datang...kerana syirik
bagi manusia memanggil jin meminta pertolongannya...
Kita tak akan tahu..adakah Jin itu benar-benar Jin Islam di
Masjid Negeri...tapi penjelasannya sesuai degan hukum dan
boleh diterima...
SYIRIK KERANA ADA JIN PENDAMPING...
Adalah jelas hukumnya meminta pertolongan dari jin tak kiraia Jin Islam atau bukan...contohnya nak minta perlindungandiri...keluarga dan harta....dan sebagainya...
Namun bagaimana kalau anda tak pernah pun meminta pertolon-ngannya?
Anda perlu memastikan beberapa perkara...dan antaranya...
1.Anda merasa selamat kerana ada jin pendamping...
2.Anda merasa berani kerana ada jin pendamping...
3.Anda merasa bangga...bertuah atau beruntung kerana adajin pendamping...
4.Anda merasa ada kelebihan kerana ada jin pendamping...
5.Anda merasa ada daya penarik kerana ada pendamping...takkira pengasih...pelembut...atau penarik rezeki kerana adajin pendamping...
6.Anda merasa segala urusan anda menjadi mudah kerana adajin pendamping...
7.Anda merasa diri hebat kerana ada jin pendamping...
8.Anda merasa mulia diri...atau manusia terpilih kerana adajin pendamping...
9.Anda merasa bijaksana kerana ada jin pendamping yang selalumemberi panduan ilham dan sebagainya...
10.Anda merasa diri ada ilmu yang tinggi kerana ada jin pen-damping...
..dan sebagainya...
Maka apabila anda merasa mana-mana antara yang tersebut di-atas...anda telah jatuh kepada syirik dan menyekutukan Tuhankerana yang demikian itu menunjukkan ada pergantungan hatianda kepada jin pendamping...
Oleh kerana semuanya itu sungguh halus...walau bagaimana punanda berhati-hati...tak mustahil anda akan terjerumus juga
padanya suatu masa nanti...
Ia terutamanya dengan pengalaman-pengalaman yang melibatkanpenggunaan jin itu secara langsung atau tak langsung...
...atau jin itu sentiasa membisikkan kepada telinga atau hatianda akan kelebihan-kelebihan anda memilikinya...terutamanya
kalau jin itu adalah syaitan...iaitu jin yang sebenarnya datang untuk meyesatkan anda atas
sesuatu kepetingannya...
KAITAN PENDAMPING DENGAN SERANGAN JIN...
Permusuhan antara sesama jin adalah perkara biasa...dan takmendatangkan masalah kepada anda kecuali apabila ada antara
jin yang bermusuhan itu datang menjadikan anda sebagai tem-pat bersembunyi atau perisai manusianya...
Sebab-sebab lain yang mengakibatkan anda menjadi sasaran ser-angan jin adalah apabila anda berdamping dengan jin...tak kira ia Jin Islam atau bukan...
Perkara biasa sahaja...apabila ada persaingan atau uji men-guji ilmu antara sesama jin ilmu pendamping manusia...
Itu antara rahsianya anda sakit...atau rasa serangan apa-bila berjumpa seseorang yang juga ada pendamping jin...
Itu juga sebabnya apabila tiba-tiba anda merasa marah atau
benci kepada seseorang lain tanpa sebab...yang pada hakikatnya adalah kebencian antara sesama jin
pendamping...terutama kalau jin itu menguasai perasaan anda.
Pernah dua rakan yang berkawan baik...apabila dirasuk jin
saka masing-masing...mereka menjadi benci antara sesamanyahingga menyebabkan pertarungan dan kebencian yang berpanja-jangan...
Kalau jin pendamping anda lemah pula...maka sebaik cara
mengelak serangan jin lain samada jin pendamping manusia
atau jin liar tanpa tuan adalah dengan cara...
-jin itu mengecilkan dirinya...dan bersembunyi dalam badananda...
-jin itu bersembunyi di belakang anda...
...maka anda akan terlibat secara langsung menghadapi se-rangan jin...
Atau jin pendamping anda itu lari...tapi ada angin bisa-nya dalam badan anda...maka anda boleh menjadi sasaran se-rangan...atau...jin itu diserang...dan anda sendiri merasakesan dan kesakitannya kerana ada angin bisa jin itu dalam
badan anda...
Angin bisa jin itu akan menghubungkan anda dengan jin ter-sebut secara langsung kerana itu sajalah satu-satunya cara
nak menguasai atau nak menganiaya anda...
Dalam satu segi...angin bisa jin pendamping dalam badan
anda boleh menjadi laluan jin lain turut masuk ke dalam.
...maka kadang-kadang jin menyerang anda kerana jin itu
nampak laluannya...
Tak kurang pula anda menghadapi serangan jin lain keranajin-jin itu dipanggil masuk oleh jin pendamping anda...dengan sebab-sebab yang jin itu saja tahu...termasukkerana nak membalas dendam terhadap anda...
Lebih anti...lebih jauh anda daripada sengaja berdamping
dengan jin...lebih kuat dan lebih selamat pula anda dari-pada serangan jin...
JIN TAK MAKSUM...
Jin bukanlah makhluk yang maksum...atau terjaga dari per-buatan dosa...malah sifatnya yang tak kelihatan oleh pan-dangan mata biasanya menjadi sebesar-besar dorongan untukjin itu berlaku aniaya terhadap anda...keluarga anda...rakan-rakan anda dan sebagainya...
Mungkin anda tahu dua tiga perkara tentang jin pendampinganda...tapi pastinya banyak lagi perkara mengenainya yangmenjadi rahsia...dan di sana tersembunyi akan segala tipu-daya...kejahatan dan bahayanya...
Sekurang-kurangnya kalau anda tak kisah tentang diri anda
sendiri..jangan perjudikan nasib orang-orang yang anda
sayang...kerana pada hakikatnya...jin itu adalah di luarkawalan anda sendiri...
Keputusan anda di saat ini mungkin akan menentukan sejarah
hidup anak cucu dan keturunan anda untuk selama-lamanya...
Wallohu a'lam

Sumber: junied-rahsianampakjin